Tuesday, November 02, 2010

Panggilan Allah – 1 Samuel 3

GBM Gateway – 24 Okt 2010 – David Bong

Intro:
Allah senantiasa bekerja. W/pun kita tidak dapat merasainya atau melihatnya, yang pasti Allah senantiasa bekerja. Allah mempunyai rencana yang besar. Untuk membawa setiap bangsa ke syurga supaya mereka dapat menikmati kebaikan dan glori Allah. Bila keadaan kelihatan tidak ada harapan lagi, Allah secara diam-diam memanggil orang-orang tertentu untuk melaksanakan rencananya.

Apabila Allah memanggil kita, apakah reaksi kita? Mari kita lihat kisah Samuel apabila Allah memanggil dia.

Tempat: Shiloh dimana Tabut Tuhan berada. 3 kali setahun umat Israel akan berkumpul untuk merayakan perayaan-perayaan agama mereka. (1. Paskah & Roti Tak Beragi; 2. Pentekosta, 3. Pondok Daun)

Politik: Umat Israel sering kali diserang dan ditindas oleh orang Palestin. Umat Israel tidak mempunyai raja tetapi mereka bergantung kepada ketua-ketua suku kaum mereka dan juga Imam Besar pada masa itu – Eli.

Rohani: Gelap; Semua orang melakukan apa yg difikirkan betul; penyembahan berhala Baal dan Asithoret; efod yg dibuat oleh Gideon juga disembah oleh umat Israel; yang menyedihkan lagi ialah pada masa itu firman Tuhan jarang.

Samuel = Heard of God (didengar Tuhan atau Tuhan telah mendengar); Shama = mendengar; El = Tuhan.

Samuel – anak kepada Elkanah dan Hannah. Elkanah merupakan keturunan Levi dari bani Kehat (Kohatites). Umur Samuel pada waktu Allah memanggil dia mungkin 13 tahun. Samuel merupakan seorang pembantu kepada Eli, Iman
Tugas Samuel: 1. Menjaga dan membersihkan alat perabot di tabut Allah. 2: menyalakan dan mematikan lampu rumah Allah, 3: membuka pintu rumah Tuhan di waktu pagi. 4. Mengikut arahan para imam.

Pada satu malam ketika Samuel sedang tidur, dia terdengar satu suara memanggil namanya, “Samuel, Samuel”. Sebanyak 3 kali Allah memanggil Samuel. Baca 1 Samuel 3: 3-10

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah Samuel ini?

1. Tuhan memanggil kita secara peribadi – Tuhan memanggil nama kita.
c/f Keluaran 3:4 “Musa, Musa”
- Tuhan tahu kita secara peribadi. Tuhan yang mencipta kita didalam rahim ibu kita. Tuhan yang tahu berapa banyak rambut di kepala kita. Sebelum sepatah perkataan keluar dari mulut kita, Tuhan sudah tahu mengenainya.


2. Tuhan memanggil kita mengikut waktu Tuhan.
- Mungkin kita seperti Samuel: -
- masih muda lagi – 13 tahun sahaja
- belum mengenal Tuhan
- firman Tuhan belum dinyatakan kepadanya
- sewaktu kita masih enak tidur.
- kita tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya – hanya pembantu rumah

3. Panggilan Tuhan selalunya berkenaan rencana Tuhan
- apa yang Tuhan akan lakukan terhadap anak-anak imam Eli
- sama seperti penciptaan tubuh badan manusia, Tuhan mempunyai tugas dan tempat yang khusus bagi kita. Mungkin sebagai telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki dsbnya.

Bagaimana Respons Kita terhadap Panggilan Tuhan.

1. Tidak Tahu Tuhan Sedang Memanggil Kita
- sama seperti Samuel, kita tidak tahu yang Tuhan yang memanggil kita.
- kita menjawab kepada orang lain

2. Perlu Mendapatkan Nasihat/Bimbingan daripada orang lain.
- Eli memberi nasihat kepada Samuel apa yang harus Samuel lakukan
- ada diantara kita telah mendengar panggilan Tuhan tapi kita tidak berbuat apa-apa sebab kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan.

3. Bersedia Untuk Menerima Panggilan Tuhan
1) Membenarkan Allah bercakap – “Berbicaralah…”
- sering dikacau/diganggu oleh perkara-perkara lain
- dalam seminit, pemikiran kita diganggu sebanyak 6 kali.

2). Mendengar dengan aktif – “Hamba-Mu ini mendengar”
- dengan niat akan melakukan apa yang disuruh.
- kadang-kala kita tidak mahu mendengar Panggilan Tuhan sebab kita harus kembali ke jalan Tuhan. Kita tidak mahu meninggalkan perbuatan-perbuatan duniawi yang memuaskan nafsu kita.

No comments: